Saturday, January 14, 2012

Anak dan ayah

DADDY SEX TU APE!!!!

Suatu pagi seorang abak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

"Daddy.daddy...sex tu ap,dadd..?"

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairannan.

"Eh, kenapa ni?"

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

"Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaa!!!!"

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depannya tertulis....

NAME :
AGE:
SEX: ?????

Suami Isteri Yang Curang

Juliana : "Abang Mie...Jom la datang rumah...saya rindu la...lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "Baiklah malam esok abang pergi tau...nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya..sebelum datang esok..abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki yang baby-face."

Helmi : "Alamak..yang ni susah sikit..isteri abang suka abang simpan misai ni, nanti dia marah pulak."

Juliana : "Alaaa..abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah..oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup."

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar ke pejabat, dia telah berpesan kepada isterinya yang dia akan pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting..dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya..isterinya sudah tidur..Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur..tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan..dan berkata.. "Kenapa kau tak balik lagi Jalil..kejap lagi suami akak balik..!!!"

Friday, January 13, 2012

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja!"

"tapi kau telanjang !!??" marah si nenek.

"ini BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya

"BAJU CINTA??" si nenek kehairanan

"ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulangkerana tentu suami saya nant akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek" pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyap wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Beberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.

"kenapa dengan kau nie..buang tebiat???"marah si atok tadi.

"ini lah BAJU CINTA bang"kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...kalau ye pun, iron la dulu baju tu"

lawak sempoi

blog ni untuk 'fun' semata-mata . no stress . no pressure . hanya mengandungi lawak yang acap kali didengar . just enjoy =D



"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI !!!"